Mesej dari Koordinator JSKM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Selamat memulakan sesi pembelajaran buat semua pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seiring dengan perlaksanaan pembelajaran secara atas talian yang akan dilaksanakan oleh UiTM pada ketika ini, Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk membentuk blog ini bertujuan untuk membantu komunikasi diantara pelajar dan pensyarah sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan. JSKM merupakan jabatan yang menawarkan kursus-kursus  dalam bidang Matematik, Statistik dan Komputer dan pada semester ini JSKM secara keseluruhannya menawarkan 3 kursus bagi peringkat pra-diploma, 8 bagi peringkat diploma, 7 kursus bagi sarjana muda dan 1 kursus diperingkat sarjana. Semua pelajar dikehendaki untuk mendaftar di dalam kumpulan WhatsApp atau Telegram yang telah dibentuk bagi setiap kelas bagi melancarkan proses penyampaian maklumat dilakukan. Harapan JSKM agar blog ini dapat memberikan manfaat buat semua pelajar dan juga pensyarah.

Sekian. Terima kasih

 

Puan Norazah binti Umar

(Koordinator JSKM)